Dilanjutkan hingga akhir April
Takaful Ikhlas Sdn Bhd telah melanjutkan tempoh akhir penyerahan kes yang melibatkan Produk Warga Emas hingga akhir bulan April ini. Tempoh asal adalah 23 Mac yang lepas. Ini bagi membolehkan lebih ramai peserta yang ingin mendapatkan perkhidmatan ini yang ternyata amat baik.
Produk Warga Emas adalah suatu pelan yang membolehkan mereka yang berusia 50 tahun hingga 80 tahun menyertainya. Sumbangan untuk satu unit produk ini sebanyak RM50.00 sebulan dan seseorang boleh menyertai maksima sebanyak 5 unit. Jumlah manfaat adalah bergantung kepada umur kemasukan, jantina serta jumlah unit yang disertai. Produk ini menetapkan bayaran perlindungan diberikan kepada kematian biasa atau kematian kemalangan ditambah khairat kematian satu ribu ringgit. Tidak ada rider disertakan.