Mesyuarat Unit

Satu mesyuarat Unit 371 di bawah En Dzu Ismail telah diadakan di Pejabat Unit yang terletak depan SMK Tok Janggut Jalan Pasir Puteh Kota Baharu bermula jam 09.45 pagi dan berakhir pukul 01.00 petang. Mensyuarat telah dihadiri oleh 11 orang Ejen.

Beberapa perkara telah dibincangkan. Antaranya adalah :

1. Tarikh tutup perniagaan ( daftar kes baru) pada tahun 2008/2009 adalah pada 23 Mac 2009.

2. Tarikh tutup bayaran sumbangan bagi tahun perniagaan 2008/2009 adalah pada 31 Mac 2009.

3. Semua ejen dimestikan menghadiri kursus wajib selama 30 jam untuk melayakkan mereka naik pangkat bila cukup syarat-syarat berkaitannya.

4. Ejen yang mencukupi syarat-syarat yang telah ditetapkan syarikat bagi hadiah melancong sesi 2009/2010, destinasinya adalah ke Paris, Peranchis. ( syarat sebagaimana ditetapkan Takaful Ikhlas Sdn Bhd ).

5. Mesyuarat di bawah Ismail Daud Ejensi akan di adakan pada 25 April, 30 Mei dan 27 Jun. Semua mesyuarat ini akan diadakan di Pejabat Ejensi Ismail Daud Kota Baharu. Tarikh yang dinyatakan jatuhnya pada Hari Sabtu.

6. Latihan Produk untuk Unit 371 ( Khusus kpd ejen baru ) akan dibuat di Pejabat Pasir Puteh pada tarikh 11 April, 15 Mei dan 30 Jun. Akan dikendalikan oleh Unit Manager En Dzu Ismail dengan kerjasama Wakil Pejabat Egensi Kota Baharu.

7. Anugerah pencapaian kes terbanyak bulan Februari telah disampaikan oleh UM 371 En Dzu Ismail. Penerima adalah En Mohd Sanusi Mohd Shata ( 13 kes), En Mohammad Abdullah Meli ( 9 kes) dan En Mohd Amir Nawi ( 3 kes).

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.