MENINGGAL DUNIA

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Hrkh) – Ketua Pemuda PAS Tampin, Khairul Azhar Kamaruddin, 35 meninggal dunia akibat serangan denggi di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Seremban, Negeri Sembilan.

Beliau kembali ke rahmatullah jam 11 malam semalam dan akan dikebumikan selepas solat Jumaat di perkuburan Masjid Paroi hari ini.

Demikian dinyatakan Setiausaha Kerja PAS Negeri Sembilan Suhaire Sulaiman kepada Harakahdaily jam 1 pagi tadi.

“Solat jenazah akan ditunaikan di masjid berkenaan dan pengkebumiannya akan dilakukan di makam Masjid Paroi.

“Isteri beliau sedang menunggu hari untuk bersalin anak ketiga dan anak sulungnya baru berusia 4 tahun.Sama-samalah kita mendoakan rohnya dan kesejahteraan keluarganya,” katanya.

Khairul dikejarkan ke hospital berkenaan semalam selepas jatuh pengsan di Klinik Ampangan ketika mendapatkan rawatan susulan di klinik berkenaan sejak tiga hari lalu.

Menurut salah seorang ahli keluarganya, pihak doktor mendapati buah pinggang Khairul kini gagal berfungsi, selain hati membengkak dan darahnya dimasuki kuman. – azm

Berita sepeti di atas kita sering baca dlm akhbar atau kita dengar dalam media lain. Usia jika dikirakan masih lagi muda. Namun ajal maut tuhan telah tentukan. Orang yang masih muda jangan ” selesa” dengan keremajaan yg dimiliki. Ia datang tak tentu masa.

Bayangkan bagaimana keluarga yang di tinggalkan. Sudahkah ada persediaan yang mencukupi, Isteri, anak, ibubapa dan lain-lain lagi. Buatlah perancangan dalam kehidupan dengan sebaiknya.

Sertailah TAKAFUL KELUARGA TAKAFUL IKHLAS.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.