Mahathir terima anugerah Tokoh Takaful

Posted in Uncategorized on November 6, 2009 by mosasita59

Jumaat November 6, 2009

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dianugerahi anugerah Tokoh Takaful di Majlis Makan malam pertama dan Malam Penganugerahan 2009 Persatuan Takaful Malaysia (MTA), sebagai pengiktirafan sumbangan cemerlangnya kepada industri takaful.

Mahathir memainkan peranan utama memastikan industri takaful menerima sokongan kukuh dari kerajaan dan sokongan ini kekal sehingga hari ini, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah semasa berucap di majlis itu.

“Kita banyak terhutang budi kepada Tun Mahathir kerana sejak Oktober 1982, kurang setahun selepas memegang jawatan sebagai Perdana Menteri keempat, satu pasukan petugas dibentuk untuk meneroka daya maju syarikat insurans Islam di Malaysia,” katanya.

Mahathir telah mengamanahkan tanggung jawab itu kepada Industri Kewangan Islam Malaysia, kata Pengerusi MTA Datuk Syed Moheed Syed Kamarulzaman.

Katanya Mahathir juga seorang individu dan pakar strategi yang mempunyai pelbagai kemahiran yang tersendiri, yang menjadikannya calon yang terbaik menerima anugerah itu.

Katanya pengendali takaful mempunyai peranan penting untuk menggalakkan inovasi, melengkapi strategi perniagaan masing-masing dengan penyelidikan dan pembangunan, bagi mereka bentuk produk dan perkhidmatan berinovasi yang baharu.

Katanya inovasi adalah kunci kepada peningkatan dan kemampanan pertumbuhan di dalam industri itu.

Industri takaful telah menyaksikan satu respons dan keyakinan yang positif berdasarkan pertumbuhan di dalam satu dekad yang lepas kerana rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan kehidupan, agama dan bangsa menerima takaful atrau insurans Islam. BERNAMA.

Sumber : mstar.com.my

Pilihlah Yang Terbaik

Posted in Informasi Terkini on April 4, 2009 by mosasita59

Tiga hari lagi, penduduk di tiga kawasan pilihanraya iaitu P059 Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai di Sarawak akan keluar mengundi.  Masing-masing telah ada pilihan sendiri dengan alasan-alasan yang tersendiri. Ramai juga yang akan membuat pilihan saat-saat akhir. Begitu juga ada yang akan membuat pilihan berdasarkan apa yang diperkatakan oleh pihak lain.

Namun apa-apa pun yang berlaku, dalam kehidupan, kita mesti membuat pilihan yang tepat dan betul. Pilihan kita tersebut mestilah mampu memberikan kita keselesaan, keadilan dan kelebihan dalam masa dan ketika kita memerlukan pertolongan serta bantuan.

Oleh itu jangan lupa mengundi kerana ianya hak anda. Jangan lupa memilih TAKAFUL IKHLAS.

Dilanjutkan hingga akhir April

Posted in Informasi Terkini on April 3, 2009 by mosasita59

Takaful Ikhlas Sdn Bhd telah melanjutkan tempoh akhir penyerahan kes yang melibatkan Produk Warga Emas hingga akhir bulan April ini. Tempoh asal adalah 23 Mac yang lepas. Ini bagi membolehkan lebih ramai peserta yang ingin mendapatkan perkhidmatan ini yang ternyata amat baik.

Produk Warga Emas adalah suatu pelan yang membolehkan mereka yang berusia 50 tahun hingga 80 tahun menyertainya. Sumbangan untuk satu unit produk ini sebanyak RM50.00 sebulan dan seseorang boleh menyertai maksima sebanyak 5 unit. Jumlah manfaat adalah bergantung kepada umur kemasukan, jantina serta jumlah unit yang disertai. Produk ini menetapkan bayaran perlindungan diberikan kepada kematian biasa atau kematian kemalangan ditambah khairat kematian satu ribu ringgit. Tidak ada rider disertakan.

Ejen Sampaikan Khairat Kematian

Posted in Informasi Terkini, Uncategorized on March 23, 2009 by mosasita59

Machang : Takaful Ikhlas telah menyampaikan sumbangan khairat kematian berjumlah RM2500 kepada suami peserta yang telah meninggal dunia akibat barah akhir bulan lalu. Peserta tersebut Pn Jamalah Mohd Azali (42 th ) seorang guru telah menyertai skim simpanan bersama Takaful Ikhlas pada Jun 2008.

Sumbangan telah disampaikan oleh ejen Yusniza Suhaimi. Turut serta ialah Pengurus Unit 371 Dzu Ismail. Suami peserta tersebut Encik Zulkapli berkata beliau akan menggunakan wang yang diterima untuk kepentingan pendidikan anak-anaknya yang masih kecil.

Mesyuarat Unit

Posted in Informasi Terkini on March 21, 2009 by mosasita59

Satu mesyuarat Unit 371 di bawah En Dzu Ismail telah diadakan di Pejabat Unit yang terletak depan SMK Tok Janggut Jalan Pasir Puteh Kota Baharu bermula jam 09.45 pagi dan berakhir pukul 01.00 petang. Mensyuarat telah dihadiri oleh 11 orang Ejen.

Beberapa perkara telah dibincangkan. Antaranya adalah :

1. Tarikh tutup perniagaan ( daftar kes baru) pada tahun 2008/2009 adalah pada 23 Mac 2009.

2. Tarikh tutup bayaran sumbangan bagi tahun perniagaan 2008/2009 adalah pada 31 Mac 2009.

3. Semua ejen dimestikan menghadiri kursus wajib selama 30 jam untuk melayakkan mereka naik pangkat bila cukup syarat-syarat berkaitannya.

4. Ejen yang mencukupi syarat-syarat yang telah ditetapkan syarikat bagi hadiah melancong sesi 2009/2010, destinasinya adalah ke Paris, Peranchis. ( syarat sebagaimana ditetapkan Takaful Ikhlas Sdn Bhd ).

5. Mesyuarat di bawah Ismail Daud Ejensi akan di adakan pada 25 April, 30 Mei dan 27 Jun. Semua mesyuarat ini akan diadakan di Pejabat Ejensi Ismail Daud Kota Baharu. Tarikh yang dinyatakan jatuhnya pada Hari Sabtu.

6. Latihan Produk untuk Unit 371 ( Khusus kpd ejen baru ) akan dibuat di Pejabat Pasir Puteh pada tarikh 11 April, 15 Mei dan 30 Jun. Akan dikendalikan oleh Unit Manager En Dzu Ismail dengan kerjasama Wakil Pejabat Egensi Kota Baharu.

7. Anugerah pencapaian kes terbanyak bulan Februari telah disampaikan oleh UM 371 En Dzu Ismail. Penerima adalah En Mohd Sanusi Mohd Shata ( 13 kes), En Mohammad Abdullah Meli ( 9 kes) dan En Mohd Amir Nawi ( 3 kes).

MENINGGAL DUNIA

Posted in Umum, Uncategorized on March 20, 2009 by mosasita59

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Hrkh) – Ketua Pemuda PAS Tampin, Khairul Azhar Kamaruddin, 35 meninggal dunia akibat serangan denggi di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Seremban, Negeri Sembilan.

Beliau kembali ke rahmatullah jam 11 malam semalam dan akan dikebumikan selepas solat Jumaat di perkuburan Masjid Paroi hari ini.

Demikian dinyatakan Setiausaha Kerja PAS Negeri Sembilan Suhaire Sulaiman kepada Harakahdaily jam 1 pagi tadi.

“Solat jenazah akan ditunaikan di masjid berkenaan dan pengkebumiannya akan dilakukan di makam Masjid Paroi.

“Isteri beliau sedang menunggu hari untuk bersalin anak ketiga dan anak sulungnya baru berusia 4 tahun.Sama-samalah kita mendoakan rohnya dan kesejahteraan keluarganya,” katanya.

Khairul dikejarkan ke hospital berkenaan semalam selepas jatuh pengsan di Klinik Ampangan ketika mendapatkan rawatan susulan di klinik berkenaan sejak tiga hari lalu.

Menurut salah seorang ahli keluarganya, pihak doktor mendapati buah pinggang Khairul kini gagal berfungsi, selain hati membengkak dan darahnya dimasuki kuman. – azm

Berita sepeti di atas kita sering baca dlm akhbar atau kita dengar dalam media lain. Usia jika dikirakan masih lagi muda. Namun ajal maut tuhan telah tentukan. Orang yang masih muda jangan ” selesa” dengan keremajaan yg dimiliki. Ia datang tak tentu masa.

Bayangkan bagaimana keluarga yang di tinggalkan. Sudahkah ada persediaan yang mencukupi, Isteri, anak, ibubapa dan lain-lain lagi. Buatlah perancangan dalam kehidupan dengan sebaiknya.

Sertailah TAKAFUL KELUARGA TAKAFUL IKHLAS.

CABUTAN BERTUAH BPP BAGI SUKU TAHUNAN KE-3 OKTOBER – DISEMBER 2008

Posted in Uncategorized on March 16, 2009 by mosasita59

22 Jan 2009

CABUTAN BERTUAH BPP BAGI SUKU TAHUNAN KE-3 OKTOBER – DISEMBER 2008

Tarikh : 19 Januari 2009

Masa : 5.00 petang

Tempat : Tingkat 30, Dewan Megapuri Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Pengendali : Takaful Ikhlas, Pejabat Putrajaya

Pemilih : Ybhg Dato’ Ahmad Fuad Ismail, Datuk Bandar Kuala Lumpur

Tuan Haji Omar Bin Haji Osman, Presiden CUEPACS

En Samsuddin Bin Abd Rahman, Pengerusi ANULAE Cawangan DBKL

Saksi : Tn Hj Wan Rosli Shaharuddin, Naib Presiden, Tn Hj Sheikh Abdul Rahman, Penolong Naib President

dan Kakitangan Kerajaan yang menyertai Seminar Kepimpinan Cuepacs.

Juruaudit : Ustaz Wan Nahar, Shariah Compliance

Pemenangnya

PEMENANG BAUCER PAKEJ PERALATAN RUMAH BERNILAI RM 5,000

MUHAMMAD FAIRUZNIZAM BIN NOR AZIZAN  (821115085269)

PEMENANG BAUCER PAKEJ PERALATAN RUMAH BERNILAI RM 4,000

KPL BINIT ANAK JANTING ( T1119704 )

PEMENANG BAUCER PAKEJ PERALATAN RUMAH BERNILAI RM 3,000

KPL MOHD HAZROL BIN CHE HASSAN ( T1107205 )

PEMENANG BAUCER PAKEJ PERALATAN RUMAH BERNILAI RM 2,000

MOHD TAJUDDIN BIN MD AREPEN ( 770414037059 )

PEMENANG BAUCER PAKEJ PERALATAN RUMAH BERNILAI RM 1,000

ASP RAJENDRN A/L KANASAN ( I13103 )

Takaful IKHLAS Menang Anugerah

Posted in Informasi Terkini on March 16, 2009 by mosasita59

11 Jan 2009
KUALA LUMPUR 9 Jan. – Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. (Takaful Ikhlas) telah memenangi anugerah bagi kategori ‘Jenama Terbaik dalam Produk Pelanggan-Penjagaan Kesihatan’, BrandLaureate-PKS 2008.

Anugerah itu disampaikan oleh Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop kepada Presiden dan Ketua Pegawai Ekekutif Takaful Ikhlas, Syed Moheeb Syed Kamarulzaman , baru-baru ini.

Syed Moheeb berkata, kejayaan itu membuktikan kesungguhan syarikat yang telah berusia enam tahun itu menjenamakan produk takaful di negara ini.

‘Kami sangat berbesar hati menerima anugerah ini meskipun penglibatan kami masih baru dalam industri ini,’ kata beliau dalam kenyataannya di sini.

Katanya, sebelum ini, syarikat telah mengambil pelbagai inisiatif untuk meningkatkan kualiti produknya bagi memastikan ia memenuhi permintaan pasaran dan nampaknya ia berjaya.

‘Ini kerana produk-produk kami bukan sahaja mudah diterima oleh penduduk Malaysia tetapi juga menyumbang kepada penjenamaan Takaful Ikhlas itu sendiri,’ jelas beliau.

Menurut Syed Moheeb, kemenangan ini merupakan platform terbaik bagi pihaknya untuk mengetengahkan jenama Takaful Ikhlas bukan sahaja di negara tetapi juga di peringkat antarabangsa.

Beliau berkata, syarikat telah memiliki pelbagai perancangan untuk menembusi pasaran antarabangsa dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Utusan Malaysia

Larangan Riba

Posted in Uncategorized on March 16, 2009 by mosasita59

Ayat Al Quran Mengenai Larangan Riba

Firman Allah dalam surah Al Baqarah, maksudnya:

  • 275. Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: “Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba“. Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.
  • 276. Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba dan dia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran, dan selalu melakukan dosa.
  • 277. Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mengerjakan sembahyang serta memberikan zakat, mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
  • 278. Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman.
  • 279. Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.
  • 280. Dan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka berilah tempoh sehingga ia lapang hidupnya dan (sebaliknya) bahawa kamu sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik untuk kamu, kalau kamu mengetahui (pahalanya yang besar yang kamu akan dapati kelak).
  • 281. Dan peliharalah diri kamu dari huru-hara hari (kiamat) yang padanya kamu akan dikembalikan kepada Allah. Kemudian akan disempurnakan balasan tiap-tiap seorang menurut apa yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun.

Takaful in Malaysia

Posted in Umum on March 16, 2009 by mosasita59

image4.gif Takaful in Malaysia

  • Malaysia is a pioneer in the development and regulation of Takaful business.
  • There are currently 9 Takaful Operators in Malaysia and 2 Retakaful Operators.
  • Malaysia is also the first and only country to have industry-wide business intelligence on takaful business via the ISM Knowledge Management Services (ISM-KMS).
  • To support the rapid growth of the Takaful sector, Takaful members of ISM are able to benchmark their performance against both conventional as well as other Takaful operators in the industry using the Business Intelligence Reports available via the ISM-KMS.
  • Business Intelligence is a key enabler for Takaful members of ISM to manage the rapid growth of their business to ensure they remain competitive, efficient and stable in today’s global marketplace.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.